January 1, 2011

Hew Year 'Hope'



Apa yang akan anda lakukan jikalau home-sweet-home anda bertukar menjadi home-not-so-sweet-home kerana krisis air yang melanda?? Cuba anda bayangkan, lara hati saya ini apabila sudah 3 hari tiada air waimma setitis pon. Krisis tiada air di Arbour Hill ini bukanlah kali pertama tetapi episod kali ini merupakan yang paling teruk pernah saya alami sepanjang hidup saya. Even di Terengganu pon tiada masalah seperti ini. 3 hari tanpa air membuatkan saya jadi meroyan. Kami ade menadah air di dalam botol2 kerana telah mengjangkakan perkara ini akan berlaku, air yang ditadah cukuplah untuk melakukan perkara2 basic dalam kehidupan ni(paham2 je la kan). Wudhuk dijaga dari Subuh sehingga Isya', kurang minum air kerana tidak mahu kencing dll.
Hari ini, 010111 Alhamdulillah, ade air di sink dapur , alirannya masih kurang lancar dan unpredictable. Saya mengambil peluang ini untuk membasuh pinggan mangkuk dan periuk2 yang sudah beberapa hari tidak berbasuh. Walaupun air sangat sejuk mcm ais, kuredahkan juga. Air di toilet masih tiada, so no hot water for now. Kami menggunakan semua jenis bekas yang ada di rumah ini untuk menadah air sebagai persediaan sekiranya akan berlaku lagi krisis ini. Saya cuba untuk membasuh baju busuk yang telah bertimbun tetapi karana aliran air yang perlahan, mesin basuh gagal berfungsi seperti yang diharapkan. I ended up pouring water into the washing machine to make sure it is working. Taubat xnak buat dah..penat. Kalau Banang ada, leh laa dia tolong.. 

Regards,
Ummi




No comments:

Post a Comment