July 26, 2010

Belanja di Bandung 2nd Day


Second day in Bandung. Plan?? Macam biasa, di Bandung tarikannya hanya shopping. Kenalaa breakfast dulu. Kami breakfast di Aston Bandung sahaja. Dalam pukul 8 kitaorg dah habis sarapan. Yer laa, first day. Mmg semangat sikit. Ingatkan pkl 8 nak minta supir bawak pusing2 jalan dekat bandung, tapi supir cakap jalan macet. so die ajak kuar pkl 9 instead. So, kena tg sejam. Naik la bilik semula nak tg pukul 9. Tujuan hari ini adalah Pasar Baru. Takde tempat lain nak gi pagi ini. Pkl 9 kami kuar menuju ke Pasar Baru. Tak jauh pun dari hotel, about 5 minutes by car. Jalan di bandung ini kebanyakan sehala sahaja. So, kekadang tu tempat tujuan yang nak gi tu dekat ajer. tapi berpusing2 dibuatnya.

Sampai di Pasar Baru, kelihatan banyak penjaja2 di luar bangunan. Nak mencari parking pun leh tahan gak. Lagi satu perangai org indon bawa kereta ni, diaorg suka bunyikan hon. Naik bengkak laa juga dengar bunyi hon jer. Lepas parking di lantai 5 (tingkat = lantai), kitaorg pun masuk laa bangunan sebenar pasar baru. First thing yang aku buat cari sim kad indon, yer laa mudah nak call org malaysia. Harga roaming leh tahan gak mahalnye. Simkad dalam bahasa indonesia adalah 'pulsa'. So masa nak beli tu, aku mintak 'pulsa perdana XL' . (XL tu nama operator kat sane) .. harga die lebih kurang Rs 8000 ke Rs 10000.. tips: jngn beli 'pulsa' harga lebih Rs 10000, kalau korang beli, maksudnya ada org amik kesempatan terhadap tourist cam korang.. top up orang indon panggil 'pocer'.. (aku tak tahu ejaan betul die) biasanya mmg harga 'pocer' mmg lebih dari harga sebenarnya.. untuk topup Rs 10000, kena bayar Rs 11000 ke 13000.. Depend dengan org yang jual..

- suasana breakfast di Aston

- penjaja buah2an di luar bangunan Pasar Baru

- beli baju anak2... hehe.. (anak buah)

- haaa?? ni untuk ape???


Lama gak pusing2 di Pasar Baru. Aku ngn Ummi round2 cari kain lace. Parent aku round2 cari benda lain.. Parent aku round dengan Pak Agus, supir kami. Bila perut start bekeroncong. Kami naik ke lantai 6 untuk makan. Ada food court dekat situ. Tips : tak salah kalau nak makan kat food court pasar baru, tapi pastikan tahu harga makanan dia sebelum order.. takut kena ketuk. ni penting untuk jejalan kat mana pun, tak kisah laa dalam Malaysia atau luar Malaysia. Aku order ABC ngn ayam penyet.. Hehe. menarik gak.. Ummi dia order ikan nila bakar. Bagi dia sedap jer.

- ABC Indon sgt pelik dan sgt manis. Die letak susu creamer banyak sangat.. lepas tu ada buah pelik2.. kelapa muda nye isi pun ada.. aish.. tak larat nak makan

- diaorg mmg ada sediakan sekali tempat basuh tangan.. dalam mangkuk kaler silver tu.. tempat basuh tangan di Indon di panggil 'Wastefel'

Kami selesai di Pekan Baru lebih kurang dalam pukul 1. Lepas tu kami balik terus ke hotel untuk sembahyang dan bersihkan badan..(di Pasar Baru ada tempat musholla di lantai 7) Selepas selesai solat di hotel. kami menuju ke rumah mode.. cara sebutan dia 'mo'.. 'de'.. (e 'pepet' yer, example telur, perut) Di sini ada pelbagai jenama.. terutamanya nya hugo boss dan polo.. seluar jeans yang menarik minat aku sedikit .. tapi aku tak beli selai pun. lepas tu kitaorg gerak ke Secret the Factory Outlet.. tempat die leh tahan ekslusif. menarik laa jugak.. tapi aku tak beli paper jugak :P hehe.. malam, kami sempat ke tempat ole2 bandung.. ade macam jenis kerepek yang di jual.. bayam, usus ayam ngan belut pun leh jadi kepek. Malam tu kami dinner di KFC sahaja.. KFC indon leh tahan laa jugak rasanya, dia ada perisa ayam madu.. manis macam goreng dengan gula.. lol..

- di tempat parkir rumah mode..

- di hadapan Secret Factory outlet. Sekitar jam 5 petang, tetapi hari mulai gelap. (maghrib pukul 6 di Bandung)

- antara ole2 bandung yang terdapat di sana

- anda berani nak telan???

p/s :
1. Pasar Baru akan buka sekitar jam 9.. Rancang dan plan apa yang nak di beli. Dan pastikan bandingkan harga antara dua kedai.. elakkan sebelum anda di'ketuk'..

2. biasakan diri anda dengan tukaran mata wang. bawa calculator kalo boleh. senang nak darab2 nie.. hehe..

3. Kalau nak pergi factory outlet, pastikan anda mmg tahu jenama yang nak dicari. Jenama yang kelihatan disana, armani, guess, polo, versace dan hugo boss. Jenama wanita tak perasan...

4. kalau pergi kedai ole2 bandung.. jngn lupa 'cicipin' (rasa) sebelum beli. kedai dia di tepi jalan sebelum sampai Fashion Mall dan sebelum masuk tol ke Jakarta..

5. Waktu membeli-belah, kalo penjual dah letak harga 'obral' itu maksudnya harga tetap.. takleh dah diskaun.. dan lagi satu harga 'pass'.. maksudnya kita dah mintak kurang sampai limit dah.. tu terpulang pada tahap kecomelan kurang nak mintak kurang lagi..

6. ingat.. diaorg main ribu2.. so kalo diskaun 10 percent tu.. korang mmg tak terasa pun nak diskaun. haha..

6 comments:

  1. woot woot pegi indon dgn girlpren rupenyeeeee... wah3 kain lace nak buat ape weh? nak kawen dah ke? tggu aku balik duluuuuuuuu~!!! hahaha..

    ReplyDelete
  2. err...klu kat tempat aku simkad tu= kartu perdana
    pulsa= topup..beda ya hafiq?

    ReplyDelete
  3. by the way hafiq..tips tawar menawar.. selalu turunkan 4 kali lipat lebih rendah dari haraga dia letak..dia je kata pass sebenarnya masih blum pass..sbb beza masa aku blanja sendiri kat sni ngn blanja bersama orang lokal sni..siyes

    ReplyDelete
  4. woit.. ade laaa.. akan tg semua balik dulu ;aa. baru leh wat ngn cemerlang.. hehe

    ReplyDelete
  5. hehe... apam.. kalau dah nama tourist.. mmg kena ketuk pun. aku mula2 susah gak nak membeli belah ni. tp comparekan dengan harga malaysia.. kalau rasa berbaloi nak beli.. layankan aje.. lol

    ReplyDelete
  6. bila nak gi bandung lagi? i bole jadi tour guide... :)

    http://redribbonboutique.blogspot.com/2010/10/pekej-travel-murah-ke-bandung-bersama.html

    ReplyDelete