July 14, 2011

First Day In Kuching

Pergh... baru aje lepas trip dari Kelantan.. Pagi ni kira2 pkl 2 pagi dah kena siap nak gi LCCT sebelum pkl 5.30 utk naik flight ke Kuching.. Mmg bantai jalan aje skang ni.. tak reti duk umah.. hehe.. baik flight air asia pukul 7.10 pagi. mas beli tiket ni tgh offer. Biasanya, kalau nak jalan dalam bulan 7 gitu.. tiket murah masa dalam bulan 12 tahun sebelumnya atau bulan 3 tahun yang sama.. mmg kalau trend air asia camtu..Ramai juga dalam flight ni tadi.. Sampai2 aje dah ada org amik dekat airport.. so nasihatkan, kalo nak jejalan ke kuching ni.. booking rumah homestay dengan sewa kereta siap2.. senang nanti, tak perlu susah2.. banyak nye iklan dekat mudah.com.my tu.. Homestay yang kitaorg duduk ni pun leh tahan..

Angah and Abang Mi serta Azi n Umi di LCCT. Waktu 3 pagi. Mata masing2 tak mengantuk lagi tu

Ayah dan Emak. Ruang menunggu LCCT
Dari Airport, kami semua terus gerak ker homestay. Mata mmg dah mengantuk. Badan dah terasa penat. Azi yang dah nampak keletihan.


Kawasan ruang tamu homestay. Homestay yang kami duduk ini lebih kurang harganya dala 400 lebih untuk 3 malam. Kami tinggal bertujuh anak beranak. Kedudukan homestay di kawasan Matang Jaya.Lebih kurang 15 minit ke Waterfront kalau jalan tak berapa nak jammed. 

Tujuan nak sewa homestay kerana kemudahan dapur disediakan. Maka boleh laa nak beli barang mentah kat sini dan masak masakan Melaka kalau makanan Sarawak ini tak kena dengan tekak sendiri. 



Tempat pertama kami tuju sesudah sampai di Kuching adalah Main Bazaar. Mula2 nak cari tempat ini mmg payah sebab tak dapat nak bayangkan Main Bazaar ni sebenarnya macam mana. Disebabkan kami ini semua baru hari pertama jejakkan kaki di Kuching, terpaksa tanya orang tempatan Main Bazaar ni di mana. Kedudukan Main Bazaar ini betul2 depan Waterfront. Main Bazaar ni diambil sempena nama jalan bukannya nama bangunan.

Ini sekitar kawasan Main Bazaar. Kalau anda memandu sendiri, mmg susah sikit nak cari parking di kawasan ini. Kedai2 di Main Bazaar adalah satu2 dan terletak di tepi jalan. 

Kawasan Main Bazaar ini terdapat barang2 Sarawak yang korang boleh beli untuk buat hadiah  org semenanjung. Contoh barang yang ada macam tikar Sarawak, lada hitam, kek lapis dan pelbagai lagi. Kawasan ini kiranya peganti kalau tak dapat nak ke Pasar Serikin. (sebab pasar serikin hanya buka pada hari minggu sahaja) kalau korang datang weekdays. Konpirm laaa pasar Serikin tak bukak

Banguna yang warna warni ini adalah bangunan untuk parking kereta. Tempat ini dekat aje dengan Waterfront dan Main Bazaar. 

Main Bazaar ni mmg menarik barang2 dia tapi masalah nya kedai2 dekat sini mmg harga dia tak leh nak kurang. Nak minta kurang seringgit pun tak lepas. Lagi satu, harga2 di Main Bazaar ini tak sama setiap kedai dan ada kedai yang jual dengan harga yang mahal walaupun barang dia sama. Maka dinasihatkan jngn beli barang2 di Main Bazaar di hari pertama. Cari dulu kat tempat lain. 

Makan tengahari di Coffee O Corner. Tempat ini mmg dapat recomendation dari org tempatan serta orang2 yang dah ke Kuching. Makanan di sini boleh laa. Sedap jugak. Harga pun berpatutan. Standard harga makanan di restaurant ala cafe laa.

Apa yang aku layan di Coffee O Corner adalah Mee Kolok. Atau nama yang aku bagi adalah Magi Kolok. mee dia macam megi. Dan rasa dia mmg terbaik. Makanan mee kolok ni mmg unik laa kot kat Sarawak dan korang dinasihatkan untuk cuba.  

Walaupun hari pertama, kami semua menuju ke Pasar Tamu di Kawasan Satok. Kawasan ini terkenal dengan jualan ikan terubuk masin, lagi salah satu benda yang terkenal dan benda yang kena cuba di Sarawak. 

Bila sampai di kawasan Pasar (Pasar Satok yang jual ikan terubuk masin mmg buka tiap hari), ada macam2 jenis ikan terubuk masin diaorg jual, dari yang harga dia 4 ikan RM 10 kepada seekor harga dia RM 20. Korang boleh menawar di kawasan ini. 

Tujuan hari pertama kami semua ke pasar ikan terubuk adalah nak beli seekor dan cuba goreng di rumah. Kira nak test power laa. Dinasihatkan kalau nak beli ikan terubuk masin, beli pada hari2 terakhir di Kuching sebab takut berbau kalau simpan lame2 dalam kotak yang dia bungkus tu. 

Yang ni telur ikan terubuk. Harga telur ni leh laa tahan. Mmg leh tahan. Sekilo harga telur ni dalam 300 ke 400 ringgit Malaysia. Kalau tanya orang Kuching, diaorg suka sgt benda ni. Tapi bg aku, biasa ajer rasanya. 

Lepas beli ikan terubuk masin, hari tak lengkap kalo tak pergi ke kawasan pasar basar untuk beli udang segar. Maka kami semua gerak ke Kampung Buntal, satu daerah perkampungan ikan betul2 terletak di pinggir bandar Kuching. Kalau drive ke Kampung Buntal ni lebih krang dalah 45 minit. 

Harga2 udang di sini jauh lebih murah berbanding dengan harga udang di semenanjung. Bayangkan udang selonggok ni RM 10. Tak puas ke makan? 

Malam itu, kami semua tak ke mana2 sebab mmg mata dah penat. Baik jer dari Kampung Bntal, sampai rumah terus tidor. Tak pikir dah benda lain. Malam tu kami makan udang goreng Mmg terbaik la rasanya.


PS: Kalau korang rasa nak beli tikar sarawak di Main Bazaar, jangn beli dulu. korang boleh beli dekat Pasar Serikin (ni org Kuching cakap) atau di Kota Sentosa. Nanti aku ccerita pasal tikar Serawak di Kota Sentosa.

5 comments:

  1. Makanan...jgn le sombong cik adek oii

    ReplyDelete
  2. Kami yg biasa mewah ni pun tak ckp mcm tu... selagi halal bole mkn..mkn je..

    ReplyDelete
  3. Blh BG nama Dan alamt homestay

    ReplyDelete
  4. maaf, tak ingat dah nama homestay tu

    ReplyDelete