Dengan nama Allah SWT,
- Nur Aliya Afina, seindah nama seindah rupa (tapi susah nak tangkap
gambar yang seorang ini dengan mata terbuka) :P
Majlis aqiqah atau dalam bahasa melayu majlis cukur jambul. Bukan tuntutan adat tapi sebagai satu tanda kesyukuran atas kehadiran orang baru dalam keluarga kami, Aliya cucu ke-7 untuk Haji Hamid dan Hajjah Khamisah memeriahkan lagi suasana yang sedia ada. Seperti biasa, kalau kendurinya hari Sabtu, dari hari Rabu, aku dah terasa kesibukannya. Yerlaa, adik beradik yang lain tgh busy bekerja. Tinggal aku sahaja laa yang tgh cuti ni. Antara yang menarik berlaku semasa majlis..
-siap ada khemah, dah macam majlis kahwin lak, ni sebab malas nak kemas atas umah. Makan ala buffet sahaja
- tebu utk diproses. Mmg dekat umah ni kalau kenduri, mesti terkenal dengan air tebu. Manis air tebu ni..
- sekitar majlis, kami menjemput kumpulan Marhaban dari kampung sebelah sebab kampung sendiri tiada group macamni, ahli group ni ada yang tua ada yang muda, semuanya mendendang lagu marhaban yang mempunyai maksud yang tersendiri.
- ini event utama, majlis cukur jambul. Si Aliya ni baik je, diam je kena cium kena potong jambul dia
- yang ini majlis susulan, org tua kata majlis naik buai, ni pun first time aku dengar pasal majlis ini, kumpulan marhaban mendendangkan lagu dodoi siti fatimah.. Macam best aje.. aku try cari mp3 utk kongsi bersama tapi tak jumpa.. :P
- inilah hasilnya selepas majlis cukur jambul... hehe. takder apa yang bezanya pun..
p/s : ramai yang datang utk majlis ini sampai tak cukup laa lauk nak kasi berkat kat org ramai.. walaupun sedara sendiri ramai yang tak datang, tapi majlis tetap meriah.. :P
No comments:
Post a Comment