- kalau nak jalan bulan 6-7 setiap tahun.. digalakkan utk beli tiket masa promosi bulan 12 sebelum itu.. setiap tahun airasia buat promosi seat free!!
Next nak rancang pula trip. Mula2 pikir nak pakai travel agent jer, bajet lebih kurang rm 1000. Tu siap semua laa, makan, tempat tidur, pengangkutan tapi yang kurengnya adalah hotel yang include dalam pakej ni adalah twin sharing. tu yang tak best sikit.. sebab aku ade gi ngn ummi, so susah nak sharing2 ni. so aku wat keputusan sendiri. Kita tempah semua sendiri, dari hotel, makan sehingga laa supir.. Alhamdulillah.. setelah lama plan. aku dapat bajet lebih kurang rm 800 sorang.. tu tinggal kat hotel 4 bintang tu.. kalo nak duk hotel 2 bintang leh dapat rm 500 jer tu.. tapi alang2 dah pergi first time. nak rasa yang terbaik..ummi nak duk hotel ada spa.. aku pulak nak duk hotel yang ada swimming pool.. yeah..Kesimpulannya, dekat bandung aku se'family' duk di Aston Bandung, Jakarta aku duk Cemara hotel.. dua2 hotel ni dekat ngan pasar abang/pasar baru.. plan dah baguih sgt tu.. aku book thru booking.com.. agak berbaloi laa.. Supir pulak aku cari dalam internet. mahai gak supir ni.. tapi yang paling murah aku leh dapat Rs 350 ribu sehari.. tu tak termasuk duit parkir, bbm, tol.. nama company Jaya rent Car, Ibu Effy nye syarikat. korang google aje.
Rasanya semua dah lengkap plan dah ni. Cuma tinggal aktiviti shopping je kat sana. org ramai kata, sebelum ke sana, baik tukar duit indonesia kat malaysia.. aku dapat kadar 1 juta rs utk 364 rm. not bad laa. mak aku dah tukar rm 3000. :P so secara tak rasmi, mak aku skang adalah jutawan Rs. kite lihat sahaja laa jutawan Rs dapat beli apa kat sana..
- ni beg pakaian yang akan dibawa ke bandung dan jakarta, kita tgk sahaja perubahan bile balik dari indonesia. ayah aku cakap macam nak pergi setahun.. :P
p/s : Gambar2 ni semua aku ambil masa aku nak tulis blog ni jugak.. tak sempat ambil gambar lain sebelum2 ni.. sebab tu ada gambar xps aku aje.. hehe..
No comments:
Post a Comment