
Hari ke-3 di Bandung, dimulakan dengan sarapan di Aston Bandung. Bagusnya pasal hotel di tempat yang kami menginap ini, menu breakfast dia bertukar dari semalam. Kalau tak, bosan laa jawabnya. Agenda hari ini adalah Tangkuban Perahu. Lebih kurang pukul 9, aku pun mula check out dan menuju ke kereta. Kami mula bergerak menuju ke Tangkuban Perahu. Jalan nya berbukit dan berbentuk 'S'. Di tepi jalan kelihatan beberapa gerai menjual nenas. Nenas dia kuning, susah nak tengok nenas kuning sebegitu di Malaysia. . Lepas tu kitaorg melewati gerai menjual arnab, (di Indonesia diaorg panggil arnab adalah 'kelinci') banyak yang ada kat tepi jalan tu. Tak sempat nak berenti. Supir aku cakap, kelinci diaorg jual nak buat sate. lol. Tak ku sangka binatang secomel tu boleh dibuat sate. Di pertengahan jalan kitaorg sampai di pekan Lembang. Keadaan jalannya tak semacet di Bandung. Pemandangan di luar kereta mula berubah. Dari dereten2 kedai, ke hutan rimba. Lastly, kami sampai di pos pengawal utk ke Tangkuban Perahu. Kena bayar utk masuk. Utk foreigner, rs 50000 sekali masuk. Kereta pun kena Rs 15000.. so masa tu, aku kena Rs 215000.
Sampai sahaja di puncak Tangkuban Perahu, penjaja jalanan dah penuhi kereta. Ni yang aku kurang minat pasal Tangkuban Perahu, penjaja jalanan ni kekadang merimaskan. Diaorg bukan nak apa. Nak jual barang diaorg dengan harga yang melampau tinggi. Kalau boleh, ngelak laa dari diaorg. Tapi susah nak buat cam tu.

- kalau perasan bentuk perahu tertangkup di belakang tu, itu adalah Tangkuban Perahu

- satu2 nya gambar kami bersama.

- my parent di salah satu kawah di Tangkuban Perahu
- bersama supir, di hadapan papan tanda Tangkuban Perahu.

- selepas 1 jam berada di puncak Tangkuban Perahu, masa untuk melepaskan keinginan untuk mengisi perut.

- antara pemandangan yang kelihatan di tepi jalan ke Tangkuban Perahu. Kebun2 strawberry.
Selepas itu kami menuju ke Jakarta. Biasanya perjalanan hanya mengambil 3 jam. Tapi masa hari tu. Jalan macet tak ingat dunia. 5 jam baru sampai kat Jakarta. Lama jugak la dalam kereta. Dah petang baru sampai ke Cemara Hotel. First impression about this hotel, KECEWA. Akan review hotel next entry.
p/s:
1. Tangkuban Perahu takde ape2. Hanya kawah sahaja. Kalau tak pergi pun takpe. Baik pergi ke Seri Ater (kolam air panas).. ni ak baca review blogger lain.
2. Di Tangkuban Perahu, jngn beli terus dari penjaja2 yang takde kedai tu. Pastikan tgk dulu harga di kedai2 yang sedia ada dekat Tangkuban Perahu tu.
3. Diingatkan semula, kalau nak ke Bandung, baik turun Bandung sahaja. Jngn ikut jalan darat. lagi2 nak dekat dengan bulan Ramadhan. Ramai orang yang gunakan jalan highway. Kenderaan mmg tak leh nak ingat. Banyak sangat.
No comments:
Post a Comment