
-Bajai The 'Vespa' = our main transport di sana. Pergh murah gak aa naik bajai. New experience.
- 'Warkop' singkatan bagi warung kopi..
- antara lain yang kena beli adalah baju kebaya yang siap.. Banyak pilihan warna dan jenis, tapi tak banyaknya adalah pilihan saiz. Kedai yang jual kebaya jenis ini adalah kedai 'Bonda' di Lantai 5. Mmg diaorg jahit sendiri. Berbaloi-baloi kalau nak beli.
Selepas selesai kami berjalan di Tanah Abang, perut sudah mula nak minta diisi, maka kami menaiki bajai pulang ke hotel. Mak ngan ayah memang dah tak larat nak berjalan. Tapi aku dan Ummi masih belum puas menakluk kota Jakarta. So petang itu, aku dengan Ummi mencari makanan utk mak ngn ayah dulu. Kami beli bungkus sahaja di Restoren Garuda. Restoran ini berdekatan sahaja dengan hotel kami. Diaorg sediakan makanan ala padang. Rasa dia, not bad juga laa. Lepas makan di hotel, aku ngn ummi menuju ke Tugu Monumen Nasional. Tapi malangnya, tugu tu tutup pukul 3. Kitaorg sampai lebih kurang pukul 4. Lol..

- yup. tiang sebatang itu dikenali sebangai Tugu MONAS.. Apa sejarahnya?? Ia hanya peringatan mengenai perjuangan menentang Belanda.
- hanya ilusi si Penulis

- salah satu rekaan di sekitar MONAS. Motif?? bagi aku hanya menunjukkan kejawaan sahaja
- anak2 keci bermain riang di sekitar taman di MONAS. Siap leh mandi lagi kat situ.
- kalau nak ke sini, pastikan datang sebelum pukul 3. Baru boleh masuk. Kitaorg datang lewat. So tak tahu apa yang ada sebenarnya dalam monas tu.
Selepas di MONAS, kami rasa banyak lagi yang belum di beli. Kami gerak semula ke Tanah Abang. Jam menunjukkan sekitar 4 lebih. Kedai di Blok A Tanah Abang tutup lebih kurang dalam pukul 5. Tapi nak belanja punya pasal, sempat aje. Petang tu, kitaorg smepat ke pasar di luar Blok A Tanah Abang. Keadaan di sini mmg macam pasar, lepas tu harga tudung dia lagi murah dari apa yang terdapat di Blok A.
- Rumah Makan Garuda, antara restoran yang terkenal di Jakarta.
- suasana sekitar di Pasar Tanah Abang. Di sini lagi berbaloi utk shopping tudung. Tempat ini berada di luar bangunan Blok A. Pandai2 laa pusing kat kawasan itu. Kitaorg pun tak sengaja eh terjumpa tempat ini.
- masih dalam pembinaan, Blok B Tanah Abang. Lagi besar laa jadi tempat ini.
Day 5 in Jakarta. Tiada apa yang masih boleh dibuat. Packing time. Tapi pagi tu, epas sarapan, aku dan Ummi masih sempat utk gi shopping agi sekali di Tanah Abang. Nak beli telekung. Ada lagi yang tak cukup. Tips: tukar duit di Indonesia boleh aje, di Jalan tempat aku menginap ada dua money changer. Dua2 reliabe. Tapi dingatkan jangan tukar hari minggu, sebab caj die berbeda. Kalau boleh tukar hari weekdays. Ape2 pun compare dengan tukaran matawang di Malaysia. Bagi aku tak banyak yang bezanya.
- inilah hasil selepas 5 hari di Indonesia. Sewaktu di airport, semua berat beg cukup2 ajer. Tu yang seronok berbelanja di indonesia. (untuk perbandingan silalaa ke entry YUK ke Indonesia)
Dari hotel ke bandara (airport), aku sewakan kereta avanza, sebab takut kalau naik teksi, tak muat kena naik dua kereta. So baik aku sewakan kereta yang besar aje. Takpe laa, janji selesa. Dari hote ke Bandara, aku kena sebanyak Rs 200 000. Agak mahal laa jugak. Tapi takpe. Dah nak balik. Yang paling penting di airport, tax airport. yang ini menjadi benda yang membingungkan kitaorg bile nak balik. Takde idea mengenai airport tax. tips: Sesiapa yang menaiki AirAsia, memang dikenakan airport tax sebanyak Rs 150 000 atau RM 70 untuk seorang. So dingatkan lebih baik duit rupiah.. Sape yang naik MAS, tak kena pun. Yang ini bukan tax atas barang korang beli. So jngn takut dengan barang yang berbungkus lawa2 tu. Tax ni kena bayar masa nak check in kat kaunter.
So, this video adalah untuk memberi sedikit sebanyak idea about bajai. enjoy!!!
ps: Takde apa yang lebih menyeronokkan kalau dapat berjalan dengan family. Rancangan nak ke sana semula mmg ada.. Berbaloi2 kalau nak ke sana. So sape nak ikut???
kite tinjau2 sikit utk next entry...
wow!! abg banang sudah menjadi blogger yg berjaya lah.. =D
ReplyDelete