August 12, 2010

Jorney to the West : Lumut, Ipoh and Penang


After journey in Kota Bharu, aku continue journey aku ke bahagian barat Malaysia. Asal tujuan adalah Penang. Tapi memandangkan di Kota Bharu aku ada masalah nak beli tiket direct ke Penang. Aku membuat cadangan nak ke Lumut dahulu. Dari Lumut nanti barula aku pikirkan cara nak ke Penang nanti. Sampai di Lumut lewat sikit dari jangkaan. Pelik pemandu bas tu, aku rasa lagi banyak berenti daripada bas tu bergerak. Sampai2 di Lumut, aku call Jat. Dia amik aku bawa gi umah dia. Then aku ape lagi.. zzzzzz.. Penat yang dari Kelantan tak habis lagi, Tambah lagi penat naik bas seharian. Tengahari tu Jat kejutkan aku, suruh makan. Pergh... Jat masak sendiri. Anak teruna yer, bukan anak dara. Untunglaa bini Jat camnie. Jat ajak aku gi Ipoh lepas tu.. Sambung cerita dibawah... hehe.. vespa

- Isnin, 2 Ogos. Aku ngan Jat ke Ipoh sebab dia nak jumpa dermatologist. Ini angkara anasir2 jahat yang susah nak buang itu. Aku ape lg, takkan nak join sekali jumpa doc tu kan. So aku lepak2 kat luar aje. Ramai jugak org tgh tunggu kat klinik tu.

- Sementara itu, Jat bagi aku map (pakai mulut jer laa) dari klinik tu ke Terminal Bas Medan Gopeng. Aku nak gi tgk tiket ke Penang ada pukul brape. Lepas juga la ke Medan Gopeng even ada beberapa kali tu aku tak pasti ikut jalan yang mana. Aku dapat beli tiket ke Penang dari Ipoh pukul 6 ptg.


- Lepas aje selesai beli tiket, aku pun balik ke klinik tu semula. Tapi Jat belum selesai. Sementara nak tunggu dia selesai, ini laa yang terakan dalam lensa aku.


- Lepas Jat selesai, kitaorg gerak ke Medan Gopeng. Sebelum tu kitaorg bantai makan kat Jusco nye food court dulu. Aku naik bas Taming Sari. Terakam lak sticker bas sebelah. Apa komen anda??


- Dalam2 syok perjalanan tu, tetiba bantai lak traffic jammed kat highway. Sampaikan bas tak bergerak atas highway. Mula2 panas gak, lepas tahu punca, terkesima tgk kepala lori tu. Camne laa boleh jadi camnie? Kemalangan ni berlaku betul2 sebelum masuk terowong lebuhraya Ipoh - Taiping.


- Sampai2 kat Terminal Bas Sg. Nibong (dah malam dah), terus bebudak yang kat Penang ni (Krei, Chik n Ayap) bawak aku gi makan nasi kandar Line Clear. Dah femes dah kat facebook tempat ni, tapi bagi aku.. Tak paham aku.. lol


- Mula2 aku bajet tempat dia macam restoren laa, paling busuk2 pun restoren mamak Zubaidah kat MITC, Melaka tu. Tapi rupanya indah angan dari rupa. Lol


- Perut dah kenyang. Hati gembira. Kitaorg menuju ke Padang Kota. Takde benda pun waktu malam kat situ..Yang ada cuma orang tgh dating ajer..


- Haa!!! Sape join yang ini???


- Ini laa kerja kitaorg kat Padang Kota tu. Main buaian. Anak2 cina yang ada kat situ tgk kitaorg pelik aje.. lol


- Kerana rasa tak berfaedah sangat duk main buaian, kitaorg pun gi layan makan sate kat tepi laut. Nama kedai? Sumpah aku tak ingat. Tapi tempat dia macam best aje.. Nampak laa jambatan Pulau Pinang waktu malam. Alaa macam dereten lampu jalan kat highway ajer.. Tapi nak wat camne.. Jambatan terpanjang di Malaysia..


- Lepas dah penat2 lepak, balik laa ke apartment diaorg. Diaorg semua esok ada kelas tu.. Tu yang tak leh lepak lama. Ini laa pandangan dari tingkap apartment diaorg.. Lawakan.. tapi indah rupa dari bau.. (korang kena pergi sini baru paham) .. lol


- Selasa. 3 Ogos. Diaorg pepagi dah gerak gi kelas.. Aku?? Sambung tidor laa kat bilik. Lepas aje diaorg balik. Diaorg ajak gi makan lunch kat tempat diaorg selalu lepak.. Roti terbang selalu..


- Pergh.. Nasi kerabu.. Nampak menyelerakan.. tapi ni si ayap nye.. Aku layan nasi lemak aje.


- Perut kenyang senang hati kan. Then, kitaorg menuju ke Batu Feringgi. Sampai2 kat sana ape lagi, Hard Rock laa. Even takde motif.. Nak gak turun nak tangkap gambar.


- Hard Rock Hotel...


- The Beatles yang sambut kitaorg. hehe..


- Dengan selamba rilek tepi pantai belakang Hard Rock tu, hari panas laa jugak.


- Pergh.. waktu panas2 tu teringin laa jugak nak layan air kelapa.. Sedap ni kalo dapat..


- Apa yang kitaorg buat kat tepi pantai tu?? Ini laa kerja kitaorg. Tgk org berjemur tgh2 panas macam yang tiga org tu..


- Ok. Hard Rock dah habis layan. Even pergi just utk tangkap gambar.. Mmg berbaloi2..


- Next tempat?? Kena naik bot.. Lol. Ni posing jer lebih. Kitaorg lepak kat Kampung Nelayan.


- Mmg sesuai laa dengan nama tempat Kampung Nelayan.. Mmg macam tempat nelayan pun..


- Bezakan dengan gambar dibawah..


- Tak beza sangat punkan, cuma yang ini jenis mat rempit naik motor tiga tayar...


- Memory.. Kampung Nelayan


- Lepas lama lepak kat Kg Nelayan, kitaorg menuju balik. Dalam perjalan tu sempat laa singgah minum air sekejap. Yang sorang ni mmg org melayu yang suka makan ABC. Yang lain dapat laa minum air kelapa..


- Sempat lagi kitaorg sempat tgk bangunan PMC. Ok laa jugak. Takde laa jauh sangat dari rumah member2 aku ni duduk.


- Yang ini laa nama tempat member aku tinggal. Yang pasti bangunan ni, dia ada 29 tingkat. Tapi takde tingkat yang bernombor 3 atau 4. Biasalaa tu, Kepercayan karut marut bout number.


- Bil air di Penang. Kod G. Anda paham??


- Malam tu, lepas makan pasemboq, kitaorg leh gi funfair lg. Saje tgk2. Bukan naik pun ride2 yang ada kat situ.


- Malam tu, Palan lepak sekali ngan kitaorg. After lepak2 ni, bebudak ni antar aku ke Stesen Bas Sg Nibung. Tiket aku balik Melaka malam tu jugak. Tak lama aku ada kat Penang. Tapi ttp pengalam yang menyeronokkan. Mmg best laaa.

Thanks bebanyak kepada member2 aku di Penang terutamanya Krei, Chik dan Ayap. Serta Izzar and Palan yang sudi lepak ngn kitaorg malam tu. Jutaan terima kasih.


- Jambatan Pulau Pinang


Ps: Balik2 dari berjalan tu terus demam 2 hari.. Lol.


No comments:

Post a Comment