August 17, 2010

Together-'gether' dengan family

Summer holiday nak sampai hujung, tapi still masih mood nak berjalan. After balik dari Penang, rehat kat umah sekejap. Hari Jumaat terus gerak ke JB.. my sister no 2 ada kat JB tu. Dia duk kat area Gelang Patah. My family semua laa ikut, ni kira macam family day la lebih kurang. Kitaorg sampai kat umah akak lebih kurang dalam pukul 8.00 malam.. Sampai2 jer terus makan. Bukan my sis yang masak tapi lauk yang mak bawak dari Melaka. Hampeh.. So esoknya mulalaaa aktiviti kitaorg.. Mari laa duk jenguk2 ape yang kitaorg buat kat sana.. Vespa..


- Sebelum mula cerita. My sister ada beli kenderaan beroda empat, Proton Exora.. Putih. Smart.. Mmg ada taste.. Ape2 pun "Belilah Barangan Buatan Tempatan"


- Sabtu, 7 Ogos. Pepagi sabtu agenda kalau datang ke JB semestinya adalah membeli ikan segar dari jeti nelayan. Dengan secara tak langsung yang kenit2 ni kena ikut sekali. Ape lagi.. Jalan..


- Dalam perjalanan. Lama tak jumpa sedara agaknya.. Main aje kerja diaorg.. Perhatikan gigi si Azy.. hehe


- Antara hasil tangkapan pak2 nelayan kat sana. Mmg ramai yang datang ke Jeti Gelang Patah ini. Kekadang tu, kalau hari minggu, ramai org Singapura yang datang ke sini beli ikan. Dalam kata lain, tak pelik laa kalau org duk Melaka datang beli ikan kat sini. Mak aku cakap harga dia leh tahan. Yang pasti beli ialah ketam. Sampai muak dah laa kalau makan ketam tu.


- Lepas dah habis beli ikan. Giliran isi perut lak. Yang isi perut ni mmg takleh delay.. Sebab mmg ramai askar. Kalau masing2 dah lapar, mula laaa..


- Who's the boss?? Si akak mmg suka buli si adik.


- Angah ajak semua ke Jaya Jusco. kata dia nak shopping raya. Apa lagi.. Kite gerak same2 ke JJ. Sebelum masuk JJ. Bebudak ni sempat lagi main kat luar.


- Dalam lif ni, muat kitaorg satu keluarga dengan 3 troli yang pelbagai rupa.



- Sementara yang mak2 ni tgh sakan shopping. Aku diberikan khas tugas jaga kanak2 riang ini di tempat hiburan JJ tu. Ape lagi, macam2 ragam laa yang diaorg buat. Ada yang merempit lagi.. :P


- Alya mmg baik ajer.. Diam aje duk dalam stroller even org lain tgh sakan shopping..


- Damiya pun dah keletihan. Pasrah ajer..


- JJ selesai shj, pergi ke Butik Ariani ngan Butik Jaykel (aku tak tahu ejaan betul dia), nak cari kain ela dengarnya..


- Seperti biasa, anak2 takleh nak turut serta.. kenapa?? Masih kecil.. Haha.. Nanti dah ada anak sendiri paham laa...


- Dari berjaga, tidor, jaga semula.. susu dah berapa botol, tak selesai lagi ke berjalan?? -alya-


- Dah penat jenjalan semua.. Angah bawak kitaorg ke Danga Bay. Tujuan?? Buat refleksologi. :P





- Sementara yang mak2 tgh urut kaki. Yang kenit2 ni mula gaduh rebut kerusi.. Hehe.. macam perang besar dah dalam tempat reflekselogi tu.. Ngn ummi si kecik tu gi conteng buku bil org kedai tu. Huru hara gak ler.. tapi itu yang meriah..


- Malam tu, kitaorg buat BBQ. Ikan pari bakar cicah kicap pedas.. Pergh sedapnya..


- Azy mmg baik. Bila laa nak lepas rindu lagi.. Esoknya aku kena balik awal sebab nak ke KL terus. Ada member kawin.. So kat JB 2 malam best gak. Family united..


Ps : entry ni dah lama bersawang. Bulan puasa ni.. sibuk sikit asyik jual air tebu aje waktu bulan puasa. Malam lak gi terawikh.. ceywaaahhh..



No comments:

Post a Comment