August 30, 2010

KLIA, Emirates, Dubai, London Gatwick and Dublin

21 jam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Dublin. Penat. Mmg tak dapat nak digambarkan kepenatannya. Tapi apakan daya, medic bukannya boleh buat dalam 3 thn sahaja. Setiap kali nak balik, mesti perasaan paling 'horror' adalah naik kapal terbang. Jarang laa naik flight dapat rasa keseronokannya. Tak tahu kenapa. Tapi perjalanan dari KL ke Dublin utk tahun ini adalah yang paling mencabar.

Flight dari KLIA lebih kurang dalam 7.30 ptg. Maka bercadang utk bertolak dari Melaka adalah pukul 4. Biasanya dalam sejam dah oleh bsampai. So kira2 dalam pkl 5 dah sampai. Tapi ada masalah laa pulak masa kat Melaka. terpaksa bertolak lewat sikit. Keputusannya, sampai airport dah pukul 5 setengah. Ok laa kan. Takde laa lewat sngt. Fikirkan takde masalah la dekat KLIA. So masa 2 jam tu takde problem la. Ummi dah start anta msg, cakap nape tak sampai lg. Nak buat camne, bukan aku yang bawa kereta. (tetap ada perasaan nak menangkan diri sendiri even dah mmg salah).

Di KLIA. Nak dijadikan cerita, masa nak check-in kat airport tu. Beg aku berat 35 kg. (aku naik Emirates, limit 30 kg) Pergh sudah. Lepas tu abang yang duk jaga counter tu leh cakap lak, ni connecting flight ke Dublin ini takleh bawa beg utk 30 kg. Sorang boleh bawa 2 beg, 1 beg limit 23 kg. Campur 2 beg jadila 46 kg kan? Ingatkan berita baik la, sebab limit dia 46 kg sebenarnya, tapi 'panas tak sampai ke petang'. Aku kena jadikan beg yang satu jadi dua. Counter nak tutup pkl 6. Jam aku masa tu tunjukkan lebih kurang ada 15 minit lagi. Apalagi, melintau cari kotak kat KLIA. Semua kedai aku duk tanya. Muka dah naik merah dah masa tu. Mana tak nya, leh merayu kat akak2 yang jaga counter kedai2 kat situ. Last2 sekali aku tanya abang yang jaga dekat kedai Chocolate kat KLIA tu, dia ngan baik hati beritahu maybe leh cari kotak kat tempat buang sampah. Apa lagi, aku pun serang la. Selamat laa jumpa. Tips: Kalo kat KLIA nak cari kotak, (waktu emergency laa kan) pergi tanya sahaja makcik yang jaga counter KFC tu. Konpirm diaorg ada kotak sebab aku pun amik dari situ. Siap diaorg bagi aku pinjam 'solotep'aka pita pelekat lagi. Mudah.

Dah uruskan beg. pergi kat kaunter tu lebih kurang lewat semint dari pukul 6. Abang kat kaunter tu cakap brader yang kat bawah yang tukang angkut beg tu,dah gerak ke kapal terbang. So, macam dia kena anta sendiri beg kitaorg ke kapal terbang tu. Masa tu pikir, pergh selamat. Sebab blh check-in lagi. Dah dapat boarding pass semua. Kena laa berlari ke kastam. Sebab kapal terbang nak boarding in 30 min more. Tak sempat nak berborak2 ngan keluarga si Ummi. Ngan mak pun sempat salam macam tu sahaja. Tak sempat nak buat adegan jejak kasih bagai. Sampai shj kat pakcik kastam yang jaga kat kaunter tu. Pakcik kastam tu leh tanya lagi, macam tergesa2 nak ke mana. KONPIRM LAA NAK NAIK FLIGHT LAA KAN. Selepas melalui security control check. Akhirnya berjaya laa sampai ke kawasan nak boarding. Lepas satu dugaan. Tapi, Ummi??? Maaf yer wak. Mmg tak sengaja nak lewat.

Emirates. Review pasal Emirates mmg baik dari kengkawan aku yang sebelum ini pernah naik Emirates. Makanan banyak laa, apa laa.. Tapi pengalaman pertama aku masa naik Emirates dari Birmingham ke Kuala Lumpur amat laa tak menyeronokkan. Servis agak slow. Tahu laa aku duk ekonomi kelas. Tapi layanan jauh beza ngn MAS nye stewardess. Minta air ksg pun susah nak dapat. Apatah lagi jus mangga. Ish2. Tapi bila naik yang dari KL ke Dubai dan dari Dubai ke London. Not bad at all la. Boleh la dipuji lebih baik dari Singapore Airlines. (aku ada pengalam naik Singapore Airlines, 13 jam flight tapi dapat makan Meggi Cup shj sebab makanan halal tak cukup) Aku nye flight pukul 7.30 mlm. So kena naik flight sebelum buka. Aku try minta air kat salah seorang stewardess. Tapi macam biasa mmg tak dapat pun. Ceit. Last2 dia edarkan kurma. Bagus sgt laa tu. Dapat la berbuka dengan sebiji kurma. Alhamdulillah. Ummi dia sempat beli Subway lagi, sebab tahu, Emirates nye servis mmg slow. Tapi lama2 dalam flight tu, macam dah lali. Tips: kalau dalam Emirates, nak minta air mineral. Jngn minta kat stewardess. Pergi la cari kat kawasan yang dia ada sediakan air mineral, ambil sendiri. Kalau makan tu, anda boleh amik masa yang agak lama. Diaorg servis lambat then nak ambil balik pinggan plastik dan dulang yang kita duk makan tu boleh kira lambat la juga. Ini berdasarkan pengalaman sendiri. Tapi apa yang bestnya pasal Emirates ini juga adalah seat dia. Macam Singapore Airlines nya seat, lebih luas berbanding MAS.

Transit di Dubai. Aku transit di Dubai selama lebih kurang 3 jam. Ada kerusi selesa. Lepas tu ada wifi. Terbaik. Pasal nak beli2 kat sana. Diingatkan, duit Dirham UAE murah sedikit berbanding dengan ringgit Malaysia sebenarnya. Maka dengan itu, kalau rasa diri itu nak transit di Dubai, dan bercita2 nak shopping di Duty Free. Tukar duit dahulu di luar airport. Contohnya, di kampung halaman sendiri. Nak tukar duit dalam airport, tak berbaloi. Nak bayar pakai kad kredit? Boleh sahaja, tapi kalau nak beli air mineral satu botol sedirham, kan pelik bayar pakai kad kredit. Shopping in Dubai?? Ni lagi aku tak paham. Aku tgk ada org tu dia shopping bagai nak rak kat Dubai. Macam2 la diaorg beli. Berplastik2. Aku pun tak paham. Sebagai contoh la kan. Aku tgk harga Nikon DSLR D3000, kat Malaysia harga leh dapat RM 1600 ke 1700, tapi kat Dubai, harga lebih kurang 2400 UAE dirham bersamaan dengan 777 USD (lbh kurang). Tak ke mahal? Baju2 n minyak wangi, tak sempat lak nak tgk harganya.


Aku sampai di London Gatwick. Kena tukar flight lagi. Masalahnya time untuk connecting flight aku adalah sejam 20 minit. Ingatkan Gatwick tu kecil. Tapi besar gak. Sejam di Gatwick sempat nak naik connecting flight kalau anda..


1. Tulis landing card awal2. Biasanya kapal terbang yang nak masuk UK mmg bagi landing card ni. So nak minta lebih pun takpe. 


2. Turun aje kapal terbang, cepat2 lari. Pastikan anda org yang pertama sampai ke kastam. Kalau tidak anda akan beratur barisan panjang yang aku rasa lebih 100 meter. Doa2laa takde flight yang turun sekali ngn korang. 


3. Kalau agak2 masa tinggal sejam lg, dan korang masih berada dalam 100 meter ke kastam. Minta tolong dengan pengawal kat situ. Tunjukkan tiket cakap ada connecting flight within hour. Pastikan dia tahu anda tgh terdesak yang amat. Ni step paling penting dan paling vital. Untung2 dia akan bagi anda potong barisan macam kitaorg. 


4. kalau makcik kastam tu tanya soalan pelik2. anda jngn buat muka pelik. Diaorg mmg peramah lagi2 kalau mmg diaorg tahu kita ni kesuntukan masa.


5. After lepas kastam, terus tuju perkataan exit atau cari aje arah2 yang mana patut leh keluar dari situ. Jngn berlengah2. Pastikan anda peka dengan notice board sekeliling anda. Biasanya kalau dari London Gatwick nak ke Ireland kena menuju ke South Terminal. Maksudnya, kena naik train dari North Terminal. Janganlak bercita2 nak jalan kaki. 
  
6.Boarding ticket untuk next flight kena ada. Kalau takde boarding ticket. Camna nak naik flight kan. Diingatkan, kena jalan pantas atau berlari. Ikut kesesuaian tempat dan masa. Kalau takde boarding pass, pergi tuju Flight/Transfer Desk. Masa ambil boarding ticket pastikan makcik yang jaga kaunter tu paham yang anda mmg takde boarding ticket, sebab tu gi jumpa dia. 


7. Tuju ke tempat Security Check. Doa la banyak2 supaya tak ramai org masa korang tu. Kalau nak potong line macam kat kastam sebelum ini. Tak dapat. Clearkan pocket anda semua. Nak cepat laa katakan.


8. Tuju ke boarding gate. Pastikan anda tahu boarding gate yang mane. Biasanya boarding gate ada tulis dekat boarding pass atau skrin yang melambak kat airport tu. LARI!!!


9. Selamat sampai. Anda sampai betul2 org tgh boarding. 

Akhirnya sampai laa ke Dublin. Dugaan dan pelbagai dugaan dah terlepas. Harap2 takde masalah lain.. Hmm. Yer ker?  Apakan daya mmg Ramadhan mengajar erti seribu kesabaran.. Beg hilang.. Kelu..


PS: Nak tulis pasal beg hilang, tapi tak tahu nasib beg tu lagi. Sampai sekarang, almost 35 jam after buat report cakap beg hilang kat kaunter Aer Lingus, beg masih tak menjelma lagi.

3 comments:

  1. ade fakta yg salah yer en, hafiq
    1) awak smpai dlm pkl 6..bkn pkl 5.30.. time 5.30 tu awak kt nilai yer
    2)urusan beg selesai dlm 6.15
    3) n yes, i blamed u sbb sy xdpt berpisah elok2 ngn family sy!!!!

    ReplyDelete
  2. hmm.. jngn laa camtu ummi. dah minta maaf dah...

    ReplyDelete
  3. hehehehe...mcm ade je di tmpt kejadian...

    ReplyDelete