September 9, 2010

Apa itu 'PLAN' Raya???



Hampir 2 minggu aku biarkan blog ni kosong tanpa apa2 utk dikongsi, sedangkan dalam dunia reliti banyak benda yang aku nak cakapkan. So, b4 nak start new entri ini, just nak sambung previous entri, about beg yang hilang. Lepas 3 hari tg, dan desakan demi desakan dilakukan, akhirnya beg aku sampai juga. Tapi apakan daya, sampai2 jer beg dah bau sambal goreng mak aku. Habis tumpah dalam beg tu. Percaya tak?

- Yang ini dari luar aje. Yang dalam mmg satu beg dah bau. Tapi apakan daya, cabaran di bulan puasa. Sabar je la. Apa2 pun,, tetap bersyukur sebab beg ni dah sampai. Alhamdulillah

Sebenarnya, nak cerita pasal plan nak Raya. Yerla, org di Malaysia tgh sibuk nak raya, mesti skang ni duk anyam ketupat, duk kerat2 buluh nak buat lemang, duk baca kad raya pun ada dan tidak lupa juga ada yang telentang depan TV tonton rancangan pre-Raya, (lagi2 mlm raya, citer kat TV mmg nak tangkap sedih ajer). Org Ireland pun ada plan tersendiri. Ni dah dapat email dari Encik Kamis.


"Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Seperti saudara/ri sedia maklum, Hari Raya Aidil Fitri akan dirayakan pada hari Jumaat 10/9/2010. Sehubungan dengan itu, Kedutaan Besar Malaysia, MARA, Jabatan Perkhidmatan Awam ( JPA ) dan Malaysian Students Department ( MSD ) akan mengadakan majlis sambutan Hari Raya pada tarikh tersebutdi Malaysia Hall, Leeson Park, Dublin. Majlis bermula pada jam 9.00 pagi dengan sembahyang sunat Adil Fitri dan diikuti dengan jamuan.  Semua pelajar tajaan MARA di Ireland adalah dijemput untuk menghadiri majlis tersebut.
Sekian, terima kasih."
 KAMIS BIN MAHAWI
Pengarah MARA Ireland


Sekurang2nya mak di kampung tak perlu risau, ada org tolong masakkan ketupat utk kami. At least laa kan. Tapi apakan daya, pepagi dah kena ke Hospital. So theme baju raya tahun ini ala barat sikit. Seluar 'slek' ngn kemeja T serta tali lehar dan tidak lupa juga 'white kot' serta stethoscope Bila laa sempat nak pakai bj Melayu tahun ni kan. Tg pergi open house student2 yang sudi ajak aku jer la. Tapi plannya, hari ini, Khamis, 30 Ramadhan akan berusaha jumpa consultan Dr. Blarke utk mintak cuti. Yeah!!! Semangat Raya mesti ada. Bila nak buat drama dengan warga Malaysia kalau pagi Raya duk pergi hospital. Tapi Tengahari tu, jam 12 mmg kerna pergi hospital juga, ada tutorial.  Kalau nak rasa Raya terakhir di Dublin, baik pergi tutorial waktu hari raya tahun ini, kalau tak, kena Raya lagi tahun depan kat Dublin. Tak nak dah. Bosan..... 

Ok la, semoga semua yang terlibat dalam bulan Ramadhan ini, masih teruskan usaha anda sehingga hari yang terakhir supaya bermakna hari kemenangan pada esoknya. 

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin. Moga semua salah laku diampunkan serta dimaafkan. Tiada apa yang dapat dibalas melainkan senyuman tanda keikhlasan. Moga tahun ini ada yang sudi hulurkan sekeping dua nota merah agar menjadi lebih terindah. Wassalam

No comments:

Post a Comment