1. Peristiwa 13 Mei 1969. Banyak fakta menarik yang aku baru tahu. Macam mana boleh tercetus pergaduhan. Sumber yang ada dalam dokumentari tu adalah dari tokoh2 politik yang masih wujud sekarang. Sekurang2nya semua Rakyat Malaysia kena selidik betul2 what happen in 13 Mei. Ada banyak pengajaran dan iktibar dari peristiwa berdarah ni. Pada pendapat aku, ini semua berlaku kerana ada pengkhianat bangsa dan negara. Org2 yang jenis sukakan isu perkauman.
2. Aku still ingat lagi masa aku kerja kat pasar tani masa lepas SPM dulu. Member yang aku kerja sekali tu adalah bekas Askar Melayu yang berkhidmat masa 13 Mei. Dia ada cerita pengalaman dia masa tu. Sebelum Askar Melayu dikerahkan ke Kg Baru Kuala Lumpur, rejimen renjer yang control keadaan yang tgh darurat tu. Rejimen renjer terdiri dari pelbagai kaum. Kaum Cina, Iban, Dusun, Bidayuh semua laa. Masa tu Rejimen Renjer leh tembak org Melayu yang tgh tunjuk perasaan masa tu, apa lagi isu bertambah hangat. So, pada masa yang sama, Rejimen Renjer ni digantikan dengan Rejimen Askar Melayu. Lepas wat pertukaran ni laa, baru dapat control amukan org Cina. Mana taknya, dia ckp, masa tu semua wartawan tak leh masuk Kg Baru. So apa yang berlaku masa tu adalah rahsia Rejimen Askar Melayu. Wallahualam.
3. Pasal parang terbang ker, ilmu kebal ker, takde lak dalam dokumentari tu. Haha.
4. Kalo dari timeline berlaku peristiwa 13 Mei 1969,masa tu Perdana Menteri Malaysia ialah Tunku. Tapi yang setllekan semua masalah adalah Tun Abdul Razak. Masa tu tertubuh lah Majlis Gerakan Negara yang diketuai oleh Tun Abdul Razak. Kira time tu, pemerintahan negara dikatakan bertukar dari demokrasi kepada diktator. Then ditukar balik kepada demokrasi pada tahun 1974 untuk pilihan raya umum pertama Tun Abdul Razak. Utk pengetahuan, masa tu Parti PAS adalah salah satu parti dalam komponen BN. (PAS baru join)
5. Masa ancaman komunis di Malaya, Tun Abdul Razak melancar perang saraf ke atas PKM dengan mengadakan hubungan dua hala dengan China. Kira macam nak bina hubungan diplomatik dengan negara komunis ini laa.
6. Tun Abdul Razak ini dia meninggal dunia ketika berusia 53 tahun disebabkan penyakit leukemia yang dihadapinya. Dia memerintah negara dari tahun 1970 ke tahun 1976. Hanya 7 tahun memerintah, tapi jasa nya kita dapat rasa hingga sekarang. DEB.
7. Sebagai nak bukak minda sahaja laa,
"Sewaktu negara dilanda rusuhan kaum pada 13 Mei 1969, kepimpinan Tunku Abdul Rahman sebagai penjaga kepentingan bangsa Melayu dipertikaikan. Tunku dilihat sebagai terlalu banyak beralah kepada tuntutan bukan Melayu. Dalam keadaan itu, Razak muncul sebagai apa yang dikatakan penyelamat bangsa Melayu. Berikutan tragedi berdarah itu, Parlimen digantung dan pemerintahan darurat dikuatkuasakan. Demokrasi diisytiharkan berkubur selama 21 bulan dan negara diperintah oleh Majlis Gerakan Negara (MAGERAN). Razak tampil sebagai pengarah MAGERAN dengan kuasa mutlak untuk memerintah. Pada 22 September 1970, Tunku Abdul Rahman meletakkan jawatannya dan Razak dinamakan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kedua.
Namun mengikut buku May 13: Declassified Documents on the Malaysian Riots of 1969 yang ditulis oleh Kua Kia Soong, pengasas SUARAM, rusuhan 13 Mei tidak berlaku secara spontan. Sebaliknya, bertentangan dengan laporan rasmi yang menyalahkan parti pembangkang atas keganasan tersebut, dokumen terubah status yang dibebaskan oleh Pejabat Rekod Awam British di London mendakwa bahawa rusuhan itu sengaja dimulakan oleh "kelas kapitalis negara yang berkuasa" (puak Razak) dalam UMNO sebagai suatu rampasan kuasa untuk menggulingkan Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman." -source Ensiklopedia Malaysia: Tun Abdul Razak
Ok. Berbalik pada tujuan asal entry ini ditulis untuk menghayati maksud kemerdekaan yang ke-53. Saje nak tulis. Bukan nak comment isu politik dan sebagainya. Sebagai rakyat Malaysia yang Merdeka, kita kena tahu sejarah negara kita.
PS: Kalau isu ini terlalu sensitif nak diperbincangkan dan ada antara fakta atau pendapat peribadi yang bercanggah dengan perkara sebenar. Digalakkan kita berkongsi bersama. Selamat Menyambut Kemerdekaan yang ke 53. Salam 1 Malaysia.
No comments:
Post a Comment