January 4, 2011

Ayuh kembali ke sekolah, jom! versi Trinity College

Hari ni kena laporkan diri di James's Hospital as part of my gynaecology rotation. Kalau ikutkan timetable, today should be a hectic day..tapi lain pulak jadinyer. Sigh.

I was supposed to come in at 8.00 am today to attend a ward round. So, the night before memang tido awal la sebab takut tak terbangun. Jam 6.00 am da bangun sebab nak setelkan baju2 yang da dibasuh before pegi kelas. Then, tak tau la pasai ape, pegi tido balik dan obviousla terlambat nak pegi hospital tuh. Nasib baik team tu tak start ward round lagi. lepas jumpa 1 patient, the SHO suruh kitaorng pegi coffee break sebab tak ade patient best. Semua patient pon depress and ade yang bipolar. James's Hospital ni specialized for gynaecological cancers so paham2 je la kan nape patient depress.


Coffee break dari pukul 8.15am until 9.30pagi. lama giler. Pastu pegi OPD clinic. Sepatutnyer ada 2 clinics at the same time, tapi 1 consultant tu away. SHO tu suruh duduk ngan Consultant, Dr Astbury. Consultant ni memang superb la. First day selepas cuti, mestila otak masih lagi tak jalan kan, beliau ajar semua benda berkaitan each patient, siap dapat tengok colposcopy. At least taula macam mana rupa microscope tuh. Tapi yang kurang menariknya, patient tak ramai yang datang, jadi dapat tengok kes sikit je.

Then pkl 12 sepatutnye ada tutorial but the consultant tak ada. So kitaorang pon pegila ward. Niat nak ambik history. SHO tadi ada bagi 2 nama patients tetapi salah sorang da balik umah. Makcik yang available ni pulak tak brape cooperative. Kitaorang terlepas pandang yang makcik ni duduk dalam isolation room dan sepatutunya kitaorang kena pakai apron tapi selamber je pegi masuk ngan white coat tuh. Adoyai..kalo infectious control team tengok ni mesti da kena sound.

Lebih kurang pukul 1.00pm tu kitaorang da tak ade ape2 nak buat. Pukul 2.00pm sepatutnya ade OPD clinic lagi, tapi it was canceled. the next tutorial pukul 4.00pm dekat Coombe and the tutorial usually lasted for 30-40mins depending on the history presentation. Boleh je padahal nak pegi Coombe pkl 12.30 tu sebab ada je tutorials. Team mates semua cakap malas nak pegi so I pon follow the crowd.hehe. Esok berazam nak work harder!! Lepas Zohor terus je balik umah and tido macam penat sangat je hari ni padahal...

3 comments:

  1. wak.. jngn jargon sgt kat sini sampai saya kena google apa tu colposcopy..haha

    ReplyDelete
  2. nak translet ape colposcopy tu wak?

    ReplyDelete
  3. takpe.. saje jer ngusik awak. biarkan.. thanks tulis yer wak

    ReplyDelete