January 14, 2011

High heels vs flat shoes

Apabila memakai high heels sememangnya nampak lebih anggun dan menarik. Lenggok jalan pon lebih ayu. No more kengkang. Haha. Tetapi sesuai ke memakai high heels ke hospital? Dulu aku pakai la jugak high heels ke hospitals tapi sekarang aku da retired da. Pakai palms je walaupon palms yang aku ade tak cantik. Practicality is more important than beauty. Reason kenapa aku pakai flat shoes ke hospital:

1) kalau tengah buat rotation medicine, ward round dia boleh sampai 5 jam. Cuba bayangkan berdiri dan berjalan selama 5 jam dengan memakai high heels without dapat duduk walau sesaat pon.

2) kalau tengah buat rotation surgery, dan hospital tu tiada kasut khas for OT, terpaksala berdiri dengan high heels. Kalau minor surgery xpela, kalau major surgery yang sampai 3-4 jam tu mcmmn? Nak2 lagi kalau scrub in. Mcmmn nak melarikan diri di tengah2 surgery tu?

3) high heels ni selalunya akan berbunyi bila si pemakai tengah berjalan. Si pemakai mungkin akan mengejutkan patients yang tengah tidur sekiranya si pemakai muncul di ward pada pkl 6-7 pagi.

4) kalau pakai high heels ni jalan akan jadi Lambat sikit. So, susahla sikit nak
Kejar team yang sememangnya sentiasa jalan laju macam nak berlari tu. Last2 kena tinggal.

5) kalau di dalam OT or delivery suite where you have to hold the patient's body ke atau kena tolak benda2 berat ke, selalunya high heels tak bagi good grip.

No comments:

Post a Comment