Beberapa hari yang lalu, aku dikejutkan dengan berita TV3. Org Indonesia duduk pulun demotrasi dekat depan kedutaan Malaysia di Jakarta. Gerakan dari puak ekstremis yang menggelar diri mereka sebagai 'BENDERA' telah membuat onar dan mencemar nama baik negara kita. Gerakan seperti, 'Ganyang Malaysia', 'Maling-SIA', 'Benteng Malaysia' dan seangkatan dengannya sudah beberapi kali berlaku. Alasan mereka sebelum ini, kerajaan Malaysia telah mencuri tarian tradisional mereka. Seperti Tarian Pendet. (Hal ini berlaku kerana, rancangan Discovery Channel (yang berpusat di Singapura) telah tersalah maklumat dan menyiarkan perkara yang salah) Dan ada la beberapa lagi adat yang lain. Sekarang pula, rakyat Indonesia menjadi ekstrem apabila didakwa ada 3 rakyat Indonesia yang MENCEROBOH perairan negara telah ditahan dan dipakaikan baju banduan. Mereka yang ditahan juga dikatakan hanya mendapat makanan sehari sekali. Mereka membuat tunjuk perasaan dihadapan kedutaan kita di Indonesia sehingga sanggup membakar Jalur Gemilang dan membaling najis manusia ke kedutaan kita. Ada di antara mereka yang berkumpul dihadapan bangunan CIMB Niaga di Jakarta, dan mengugut utk menghalau Rakyat Malaysia dari Indonesia. Persoalan yang timbul kini, kenapa reaksi Rakyat Malaysia lambat tentang perkara ini. Maksud lambat adalah, kita tak buat tunjuk perasaan macam di Indonesia. Bakar bendera, Baling najis. Halau org Indonesia. Adakah kerana kita tak sayangkan negara? Atau mmg sifat kita ini yang tak ambil peduli ttg apa org luar nak buat kat negara kita?
1. Malaysia dan Indonesia adalah gagasan Kepulauan Melayu. Maka kita ini berasal dari susur galur yang hampir serupa. Bahkan Parameswara, pengasas Kesultanan Melayu Melaka juga dikatakan berasal dari Kepulauan Jawa tu. Maka, tidak hairan kalau kita mempunyai persamaan dalam adat resam serta benda2 yang tradisional ini. Janganlah marah sebab yang tidak munasabah ini. Kenalah saling paham.
2. Lagi satu, 'Melayu sama melayu, takkan nak gaduh'.
3. Ramadhan tu kan bulan Mulia. Ramai yang pergi sembahyang Terawikh awal, so tentu ramai tak dapat tgk berita jam 8.00 malam. Maka ramai yang tahu lambat pasal perkara ini.
4. Kalau tahu ikut suratkhabar lagi laa takde feeling nak marah sangat. Sebab konpirm baca suratkhabar waktu pagi or tengahari. Tgh2 puasa, buat kurang pahala sahaja nak marah
5. Punca tak puas hati tak logik. Penyebab masalah adalah 3org sahaja. Kalau ikutkan tak perlu la nak libatkan satu negara. Nelayan Malaysia 7 org kena tahan. Kite cool ajer.
6. Tanggungjawab media yang tak provoke keadaan harus dipuji. Kalau media Malaysia duk sama provoke, Insya Allah, dah ramai dah org Indonesia tak senang duduk di Malaysia.
7. Berapa ramai rakyat Malaysia yang ada di Indonesia (tak yah pikir rakyat Indonesia yang ada kat sini pula). So, keselamatan haruslah dijaga.
8. Kerajaan Malaysia tak nak perbesarkan perkara. Our land, our law. Tak perlu minta maaf pun. Even kerajaan Indonesia duk bertekak dalam parlimen pasal isu kerajaan Malaysia patut minta maaf.
9. Malaysia mmg tak suka buat rapat umum ini, kalau buat kat KL. Confirm jalan jammed. So tak perlu bazirkan laa minyak kereta. Bulan puasa baik jimat.
10. Tg ajer laa lepas Raya. Sekarang ini, org tgh heboh nak wat kerja overtime. Kan nak raya ini.
Realitinya, aku sendiri rasa panas ttg perkara yang berlaku di Indonesia. Tapi, takkan kita nak bergaduh. Harus ada toleransi. Kan kita negara berjiran. Nak gaduh pun tak dapat apa2. Kita doakan semua rakyat Malaysia di Indonesia selamat, lagi2 pelajar di sana.
Tapi kerajaan serta rakyat Indonesia perlu sedar bahawa kami rakyat Malaysia punya perasaan serta semangat sayangkan negara kami. Perlu diingatkan bahawa kami sebenarnya tidak boleh duk diam apabila melihat perkara yang sama berulang kali berlaku. Kami ada maruah. Dan MARUAH kami harus dijaga. Benda ni belum sampai tahap yang teruk lagi. Maka rakyat Indonesia perlu hormat kami.
penulisan yang bijak dan rasional. thumbs up!
ReplyDeletejngn laa perli aku bijan. aku just tulis utk buat deduction.. haha
ReplyDeleteah bese r.. ntah2 yang wat demonstration time pendet tu pon tak pnah tgk pon discovery channel.. orang yg kurang education mmg senang nk kene provoke
ReplyDeleteAno: sebab tu maybe menunjukkan rakyat Malaysia yang lebih educate.. Wallahualam
ReplyDeletekat malaysia tak banyak sangat tunjuk penunjuk perasaan tu.kat tv indon banyak tunjuk.memang nampak sangat diorang tu tak educated.homeless people yang orang bayarkan untuk buat demo.kecoh je lebih.pastu nak gaduh2 dengan semua orang.
ReplyDeleteyer ker Adi?? Ko paperhal ade kat Malaysia or Indon skang ni?
ReplyDeletesaya suke ngn statement ni...memang betol...dorg xpk ke yg kt negara kita ni byk kaum kerabat dorg yg idup,smpi balik sane,dah kaya raya,dorg ni dah xde isu kot,salute kt rakyat malaysia sebab kita x sengal mcm dorg,ape2 settle cara elok,bukan dengan demonstrasi yg ntah pape..patotlah syik kene gempa bumi jek,ngn mcm2 mslah alam lagi,tgk ah pgai cmner..huh...geram ni,geram...
ReplyDeleteske komen yg cool seperti di atas...
ReplyDeletetp an...jgn lh kte blik kt dorg..
kte dorg homeless lh,x educatedlh..
kn itu dkre mengutuk dorg jg..
dorg kutuk kite,kite kutuk dorg..
so...kite sme jer ngan dorg...
dorg pown xkn kte kite klu kite xkte dorg..
pd pndgn sye lh...
=)