August 8, 2010

Journey to the East : Kelantan

29 Julai, Khamis, terus tergerak hati nak ke Kelantan juga. Mula2 tu agak heavy jugak laa nak gerak ke sana, yer laa takde member. Sorang2 cancel. Tapi selamat 'bapak' dia cancel balik dia punya cancel. adalaa teman nak gerak ke sana. Ptg tu aku terus gerak Stesen keretapi Tampin/Pulau Sebang (stesen keretapi ni mmg pelik sikit, ada org kata N9 nye(Tampin) ada orang kata Melaka nye (Pulau Sebang) pak 'wiki' yang inform2kan) Dapat tiket malam. Dah mmg ada satu trip je dari Tampin ke Wakaf Baru. KTM Ekspress Wau. Yang ni second time aku naik keretapi. First time dulu dari Taiping ke KL. Pengalam yang pertama adalah terlalu horror bagi aku. Tapi aku beranikan diri jugak untuk pengalaman ke2 kerana kena temankan 'bapak'. Kitaorg amik kelas 2, seat. Tempat tidor ada, tapi bahagian atas. Aku tak nak amik takut runtuh. :P Sebelum naik, aku mmg dah usya kat internet info pasal2 keretapi ini, tapi kecewa. Tak banyak org tulis pasal pengalaman naik KTM ini. Redah jer laa. Masa tunggu keretapi di stesen, kitaorg sempat borak ngn sorang makcik ni. Dia duk Masjid Tanah, Melaka. Dia yang tegur dulu, tanya nak ke mana? Peramah juga. Lepas tu dia ada cakap, banyak kali dah dia naik keretapi ke Tumpat, menantu dia tinggal sana, (detail tak cerita??) tapi ada sekali tu, keratapi dia naik tu terpaksa menangguhkan perjalanan selama 6 jam di Gua Musang. lol. Tergerak dalam hati aku, mintak2 aa tak delay lewat sgt. Keretapi KTM tu sampai lewat 10 minit dari dijangkakan di Stesen Tampin. Dan benda tu masih leh masuk akal. 10 minit. Bukan lama sangat pun. Seronok gak dalam keretapi tu. Ada tv flat screen, dia tgh tayang citer Van Diesel, tajuk Riddick. Tapi tak dengar suara sngat sebab aku mmg jauh dari TV tu. Lepas seronok duk dalam keretapi, kitaorg sampai laa Wakaf Bharu keesokan paginya. Takde ape yang boleh diceritakan sebab naik keretapi dah tutup mata lepas tu buka2 dah sampai. :) 'Bobo' yang amik kitaorg kat stesen Wakaf Bharu. Terus gerak umah Bobo. Abang dia kawin hari Jumaat tu. Panjang sngat nak tulis.. korang baca laa caption2 pic kat bawah.. vespa..

- Khamis, 29 Julai. KTM Ekspress Wau. Aku mulakan perjalanan di waktu malam. Aku duk di gerabak GY. Kira2 kat depan juga laa..


- tengah2 perjalanan sempat lagi di gerabak kantin sambil makan pisang goreng ngn karipap. Bekal dari mak 'bapak' . Sementara ini, keretapi tgh berenti tgh2 hutan kot (tak nampak, gelap sangat) nak tunggu keretapi dari depan.. sebab kat Malaysia, landasan keretapi dia, ada satu line jer..


- Jumaat, 30 Julai. Ini laa muka penyambut kitaorg di Kota Bharu, Bobo. Mula2 dia bawak gi rumah dia. Sebab abang dia kahwin. So tak sedap hati laa kan kalo tak datang.


- Jngn pelik kalau takde meja, ni laa gaya orang pantai timur nye kenduri kawin. Makan tatang dengan tangan dan mmg diasingkan antara khemah untuk kaum Adam dan Hawa.


- Sementara itu, kami semua keluar untuk berjumpa Bob. Pergh. Lame gak tak dengar berita dari yang sorang ini.


-Ini laa santapan kami semua untuk tengahari itu. Terbaik habesss.. 'Bapak' ngn 'Bob' siap tambah 2 kali. Aku mmg dah kenyang..


- 'Bobo' dengan gaya sambil bekerja.


- Dalam pertengahan kenduri, 'Bobo' bawa kitaorg ke homestay kitaorg di Pelangi Mall condo. Pak sedara 'Bobo' nye homestay. 'Bobo' belanja kitaorg nginap di situ. Lagi laa menarik perjalanan di KB.


- Pemandangan dari tingkap kondo. kondo ni betul2 sebelah sungai Kelantan. kitaorg duk kat tingkat 15. View dari atas mmg cantik. Cuma sungai Kelantan nye kaler tu, kecoklatan macam teh susu.



- Sabtu, 31 Julai. Projek first pagi tu kitaorang ke Tesco, mencari hadiah untuk orang yang berkahwin. Kitaorg belikan 'Tupa' dan isterinya sumthing untuk masa depan. Lol.


- Antara pemandangan yang menarik minat lensa aku. Kat kelantan even tempat bayar Tesco dah asingkan kaum Adam dengan kaum Hawa. Kat KL, nak buat coach KTM utk kaum Hawa pun kena naik parlimen. Lol


- Sampai2 jer terus serbu 'Tupa' , comrade yang sudah bergelar suami.


- Ni yang single2 amik berkat. (kecuali Yazid)


- Acara yang paling penting di Walimatul urus, makan. Gulai kawah sikit.


- Sebelum balik, kitaorg bergambar beramai2 dengan pengantin baru


- Syamira, my classmate ngn partner dia.


- Dalam perjalanan ke walimatulurus ke-2. Rumah Syurahbil.


- Tapi sebelum tu, 'Bobo' kena tukar kereta dahulu. Abang dia nak pakai Myvi yang kitaorg tgh guna.



- Sempat lagi tu bergaya.


- Kita rehat sebentar.


- Pusingan 2, kitaorg sampai rumah Syurahbil, terus salam ngn dia. Ramai gak member2 yang kahwin ni.


- Duk makan lagi, tapi larat serang cendol ngan tapai jer laa, nasi mmg dah tak larat dah.


- Syurahbil dan isterinya, Kak Chet, senior aku kat Tepeng ngn KMB.

- Bobo nak dapat berkat dari bakal pengantin lagi satu.


- Dalam perjalanan pulang ke kondo, Marshall PDRM bawak motor Ducatti tu kat KB. Pergh..

- Pelangi Mall, this where we live. Our homestay.


- Petang tu kitaorg lepak kat belakang kondo tu jer, tepi sungai Kelantan. Cadang nak gi Pantai Cinta Berahi, eh silap, Pantai Cahaya Bulan tapi keadaan cuaca petang tu tak mengizinkan.


- Beringatlah selalu.. Peace!!!


- Malam tu kitaorg lepak ngan Yazid sebelum flight dia balik ke KL malam tu.


- Macam biasa, kalau dengan 'Bobo' BBQ mesti benda wajib. Yang ni tgh buat preparation. Kitaorg join family BBQ 'Bobo'. Main redah ajer, even sanak sedara dia mmg ramai.


- Lets picture describe everything (nyum.. nyum..)


- Abang2 'Bobo' yang happening.


- Ni laa muka 'Bapak' lepas BBQ... Senyum sampai ke telinga.. lol


- Ahad, 1 Ogos. Bile sudah kepenatan di KB. Bapak sempat layan mimpi sambil kitaorg menunggu member Bobo (junior kitaorg kat KMB) nak ke rumah kawan yang sorang lagi (juga junior KMB) sebab nak makan pulut durian.


- Ni laa rupa pulut durian orang Kelantan. Bagi aku mmg beza dengan pulut durian mak aku buat. Tapi aku pernah jumpa sebelum ini.


- Ribuan terima kasih kepada my friends, 'Bobo'. Mmg laa dia jadi tourist guide yang terbaik setakat ini.. Pergh mmg terbaik.. KB. akan aku datang lagi..

Finally, habislaa perjalanan kitaorg kat KB. So what next?? Petang tu, aku nak cari tiket ke Penang.. Tapi tiket habis. lol.. Tukar plan, aku naik bas ke Lumut dahulu, ade member tunggu kat sane. 'Bapak' takjadi nak ikut aku ke Penang. Dia ada hal.

Ape2 hal.. tunggu my next entry, Journey to the West lak!!!!

5 comments:

  1. hehehe takder hal banang...member datang jauh2 kena sambut grand2 btol tal..hehehe....lain kali datang lagi kiter ronda satu kelantan...stay tu lama2 la sikit....hehehehehe

    ReplyDelete
  2. aku assume ano ni bobo.. thanks bobo..

    ReplyDelete
  3. hahahaha...aku la ano tu...aku dah lupa pass aku nyer blogger acc lol sebab lama tak memblog la nang haha...

    ...bobo...

    ReplyDelete
  4. Seronok juga baca cerita saudara dapat kongsi pengalaman. Mengenai stesen KTM Tampin/Pulau sebang itu, Stesen itu merupakan stesen KTM yang terletak dalam Negeri Melaka. Untuk makluman, orang di Negeri Sembilan dan Melaka memang tahu bahawa stesen itu kepunyaan Negeri Melaka yang terletak di Mukim Pulau Sebang Alor Gajah, Melaka. Penggunaan nama Pulau Sebang masyarakat luar tidak begitu mengenali berbanding Tampin. Oleh itu steen KTM itu menggunakan nama Tampin/Pulau Sebang. Landasan keretapi melalui bahagian utara Negeri melaka sejauh 28 kilometer bermula dari Stesen Batang Melaka sehingga di Kg Kedong sempadan NegeriSembilan.Untuk makluman saudara Bandar Tampin itu sendiri terbahagi 2 bahagian. Satu bahagian Negeri sembilan dan satu bahagian Melaka. Bahagian Melaka ialah Pulau Sebang. Sempadan antara kedua-dua negeri ini adalah di lampu isyarat di tengah tengah bandar. Anda juga perlu berhatihati meletakkan kupon parking antara kawasan Negeri sembilan dan Melaka. Jka di NS gunakan kupon parking Majlis Daerah Tampin, jika di kawasan Pulau sebang gunakan kupon majlis Perbandaran Alor Gajah.Perhentian Bas danteksi juga berada di kawasan Negeri Melaka. itulah uniknya bandar Tampin. Ada juga sesetenagh orang sebut, Tampin negeri sembilan bagi kawasan Ns. dan Tampin,Melaka bagi kawasan Melaka. TQ sekadar informasi saja.

    ReplyDelete
  5. Thanks for da info ano.. tak pernah tahu lak pasal yang ni walaupun da selalu ke Taman Clonlee tu haa..

    ReplyDelete